Senin, 23 April 2012

MALU DALAM ISLAM

       Kita hidup didunia ini harus memepunyahi rasa malu,baik malu kepada diri sendiri,malaikat sesama,yang lebih penting lagi  rasa malu kita pada ALLOH SWT yang maha melihat atas segala hal  yang kita lakukan, malu/ al-hayaa’u  berasal dari perkataan al-hayaatu (hidup). Hujan disebut kehidupan kerana dengan danya hujan bumi dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup. Begitu juga dengan malu iaitu disebut sebagai kehidupan dunia dan akhirat. Oleh itu, mereka yang tidak mempunyai sifat malu dianggap mati didunia dan akan menderita di akhirat.
Ini kerana, malu adalah merupakan kunci kepada kebaikan: Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam kita Al-ADAB, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“ malu itu hanya mendatangkan kebaikan “
Malu merupakan asas yang kuat untuk membentuk iman yang utuh. Allah s.w.t mengkhususkan sifat malu ini kepada manusia agar mereka terhindar dari keburukan dan kehinaan agar mereka tidak sama seperti binatang yang menerkam segala yang diingininya tanpa rasa malu.
2 Jenis Sifat Malu
- Malu Jibiliyyun, iaitu malu yang bersifat semulajadi. Contoh malu yang bersifat fitrah ini ialah malu untuk telanjang. (Nabi Adam dan Siti Hawa a.s pada awal lagi mereka malu untuk mendedahkan aurat masing-masing lantas apabila terdedah cepat-cepat mereka tutup dengan daun anggota tertentu.)
- Malu Kasabiyyun, iaitu malu yang diusahakan. Pada asalnya malu bukanlah bersifat diusahakan namun untuk menyempurnakannya ia boleh diusahakan. Contohnyahasil usaha dan kajian yang membentuk sifat makrifatullah, iaitu menjadikan seseorang itu malu kerana takut akan keesaan Allah s.w.t. Malu imani ini dapat mencegah seseorang itu daripada membuat dosa.
       Diantara Kebaikan Sifat Malu Ialah:
  1. - mencegah keburukan dan sebarang perbuatan dan pertuturan yang mendatangkan fitnaH -Memelihara diri dari melakukan kemungkaran dengan memastikan diri sentiasa terhidar dari aktivitAS yang tidak sehat serta bahan-bahan bacaan serta hiburan yang boleh merosakkan akidah.
- Menjadikan diri istiqamah dalam membuat kebaikan.
- Menjadikan diri sebagai anak yang baik serta masyarakat yang bertanggungjawab. Diantara Keburukan Sifat Malu Ialah:
- Malu kepada manusia melebihi malu kepada Allah s.w.t contohnya: ketika berseorangan abaikan solat kerana tidak malu kepada yang maha melihat dan ketika bersama kawan mula timbul perasaan malu untuk menunaikan solat.
- Malu yang tidak kena pada tempatnya, contohnya malu untuk bertanya arah sesuatu perjalanan yang menyebabkan sesat jalan.
- Malu dengan kekurangan diri dan tidak bersyukur. Menjadikan diri rendah diri dan tidak bersyukur dengan nikmat ujian Allah s.w.t.
RASA MALU PARA SAHABAT WANITA
Setiap wanita di wajibkan menjaga aurat mereka daripada terdedah kepada mereka yang tidak sepatutnya. Mereka juga hendaklah menjaga pandangan dan perbuatan daripada sebaramg perbuatan yang menimbulkan fitnah.
Para sahabat sama ada lelaki mahupun wanita mengambil ketauladanan Rasulullah Berikut adalah contoh akhlak dan perilaku mereka. : Fatimah r. a dating kepada Rasulullah ingin bertanya tentang khadim (pembantu laki-laki) tetapi ia malu untuk bertanya pasal lelaki itu lantas ia menanyakan tentang kesejahteraan baginda.
Dari Ummul Mukminin Aisyah r. a berkata “ saya masuk ke kawasan di mana Rasulullah saw dan ayahku (Abu Bakar r. a) dimakamkan. Aku tanggalkan kainku sambil; berkata “ ditempat ini hanya ada suami dan ayahku. Dan ketika umar r. a dimakamkan disitu, demi Allah aku tidak masuk ke situ melainkan kainku dalam keadaan terikat kuat kerana malu kepada jenazah Umar.
RASA MALU PARA SAHABAT LELAKI
Umar r. a berkata: ‘ barangsiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula pertahanan dirinya. Barang siapa yang sedikit pertahanan dirinya, maka hatinya akan mati. ” Selanjutnya baginda berkata, “ barangsiapa malu hendaknya ia menutup, barangsiapa yang takut ia akan dilindungi”.
Dalam sebuah riwayat Rasulullah SAW bersabda, “ uthman itu seorang laki-laki pemalu, saya khuatir apabila saya izinkan dia masuk sedang keadaan saya seperti itu, ia tidak jadi menyampaikan keperluannya menemuiku. ” Ini adalah tentang keadaan Rasulullah yang terselak kainnya hingga menampakkan betisnya ketika Abu Bakar dan Umar menemui baginda namun diperbetulkan kedudukannya ketika Uthman dating untuk menemui baginda.
Dalam hadis lain Nabi bersabda: “ malu itu sebahagian dari iman, orang yang paling malu di antara umatku adalah uthman.
MALU PADA DIRI SENDIRI
Orang yang malu kepada manusia lain dan tidak malu kepada diri sendiribeerti dirinya lebih hina dari orang lain. Oleh itu, bila ada dorongan untuk membuat kejahatan, maka hendaknya ia membayangkan seseorang sedang melihatnya.
Manusia biasanya malu kepada orang yang lebih tua dari yang muda. Kerana itu mereka tidak malu pada anak kecil atau haiwan. “orang yang malu melakukan sesuatu pekerjaan secara terang-terangan namun ketika berseorangan secara diam-diam dia mengerjakannya. , maka orang itu tidak mempunyai harga diri. ”
Sesungguhnya rasa maluseseorang pada dirinya adalahrasa malu jiwa yang mulia, terhormat dan agung. Barangsiapa yang reda terhadap kekurangan dirinya dan puas terhadap kemuliaannya, maka dirinya akan malu pada jiwanya sendiri, sehingga seolah-seolah ia memiliki dua jiwa yang satu malu pada jiwa yang lainnya. Ini yang dinamakan malu sempurna. Seseorang yang malu kepada dirinya maka rasa malunya terhadap orang lain lebih besar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar